Adakah Tun M belajar dua hukum asas ajaran Islam ini di sekolah?

Share

Saya teliti kata-kata Tun M di Dewan Rakyat hari ni. Ya. Saya setuju sangat dengan 1 poin Tun M ni..

Tun M kata, negara Islam dunia berperang-perang, pecah belah dan rakyat jadi mangsa, lari jadi pelarian ke negara asing. Memang betul, itulah yang berlaku..

Jadi, Tun M menggesa agar penerapan nilai-nilai Islam sebenar diterapkan di sekolah-sekolah untuk melahirkan generasi yang sukakan perpaduan, menolak pepecahan ummah…


Ya. Saya setuju sangat! Memang dari dulu dah diterapkan nilai murni dan ajaran Islam di sekolah-sekolah.

Dari sekolah rendah hinggalah menengah, memang kita dididik dgn adab dan ajaran Islam sunnah wal jamaah, semuanya bermazhab Imam Shafie, kecuali Perlis yg bebas amalkan empat mazhab…

Sejak dari kecil hingga menengah, bukan saja mak ayah kami, ustaz dan ustazah di sekolah kami pun beritahu agar taat pada ajaran Islam sebenar yang disampaikan Rasulullah SAW…


Contohnya: kami dididik supaya menutup aurat dan anjing itu najis mughallazah, najis berat.. (mazhab Shafie)

Jadi kami taat, kami tutup aurat kami. Sampai dah berkeluarga sekarang, kami didik keluarga kami tentang perasaan malu dan tutup aurat.

Kami tak menyentuh anjing dan beritahu keluarga kami supaya jangan sentuh najis itu. Sentuh najis berat ini susah sikit nak sucikan diri nanti..


Bagi saya, saranan Tun M supaya mendidik pelajar itu bermula dari rumah. Ianya tanggungjawab ibu dan ayah. Pihak sekolah pula hanya memperluaskan ilmu pengetahuannya tentang Islam.

Saya cuma tertanya-tanya satu perkara saja. Adakah Tun M tahu tentang 2 hukum asas yang diajar di sekolah?

Jika tahu, saya fikir adalah penting untuk amalkannya, bukan? Berilmu tanpa amalan, tak guna jugak, kan? Tahu saja, tapi tak amalkan, apa guna ilmu tu?

Alangkah baiknya jika Tun M amalkan dulu 2 ilmu asas ini di rumah dan dalam masa yang sama menyarankan agar amalan cara hidup Islam sebenar ni diamalkan oleh semua umat Islam sedunia?

Alangkah manisnya jika Tun Siti menutup aurat, kan? Lebih manis lagi jika umat Islam lihat Tun M terapkan nilai menutup aurat tu pada menantu dan anak cucunya, kan?

Ianya bukan undang-undang dunia. Tapi merupakan undang-undang Allah, kan? Malu apa bossku? Nak taat pada hukum Allah pun malu?

Paling manis, tidak ada anak cucu kita yang pelihara anjing, kan? Sampai bawa naik katil, peluk erat-erat? Kan susah sikit nak solat nanti, kan? Jenoh (susah nak) samak nanti…

Saya fikir, adalah lebih wajar Tun M sarankan agar penerapan Islam itu diamalkan. Ilmunya memang sudah diajar di sekolah, tapi amalannya patut diterapkan di rumah, kan?

Tu je nak cakap petang ni..

Zamzukhairi Noordin
Jelapang Padi.

One thought on “Adakah Tun M belajar dua hukum asas ajaran Islam ini di sekolah?

  • July 22, 2020 at 12:09
    Permalink

    Bagi Tun Siti, kalau nak berhijab lebih baik, tak berhijab pun tidak mengapa, wanita tua seperti beliau sudah tidak wajib menutup rambut, cukup saja berpakaian sopan . . .

    Reply

Leave a Reply