Polis maut disyaki tembak diri di berek

LUMUT: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai menembak dirinya di Berek Polis Pantai Remis, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terlibat dalam Op Benteng Covid-19 di Manjung, menembak dirinya di kepala menggunakan senjata api M14 pada 9.25 malam Ahad.

Mangsa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan insiden itu tanpa memberikan maklumat terperinci dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut. Bernama

2 anggota PGA hilang ditemui maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker