Perbicaraan henti lebih awal untuk Najib ke Parlimen

 

KES 1MDB NAJIB | Perbicaraan kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB terhadap Najib Razak ditamatkan lebih awal hari ini bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menghadiri sidang Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah memutuskan untuk menghentikan prosiding hari ini pada pukul 3.15 petang susulan surat daripada speaker Dewan Rakyat.

Semalam, Sequerah menolak permohonan lisan yang dibuat peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk menamatkan prosiding hari ini sekitar pukul 1.3 tengah hari untuk Najib ke Parlimen.

“Saya telah baca surat dari speaker (Dewan Rakyat).

“Saya putuskan jika anak guam anda perlu ada di sana pada pukul 3.30 petang, maka perbicaraan diteruskan termasuk ketika rehat tengah hari,” katanya.

Ini bermakna tiada rehat tengah hari untuk hari ini dan perbicaraan akan diteruskan sehingga pukul 3.15 petang.

“Selepas itu anak guam anda boleh ke Parlimen,” katanya ketika prosiding hari ini.

Prosiding kemudian bersambung dengan pihak pembelaan meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kesembilan, iaitu bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker