Kuarantin wajib : Kerajaan jangan degil

Oleh Ab Jalil Backer

Berapa kali hendak bahas soal kuarantin di rumah tidak berkesan. Namun kerajaan degil juga. Setelah didesak buat sebentar, kemudian kembalikan kepada kuarantin di rumah.

Bila ada kes langgar kuarantin dan peningkatan kes import mulalah cakap hendak buat macam-macam peraturan.

Ini soal kedegilan kerajaan bukan rakyat!

Di bawah ini pulak catatan yang dibuat oleh Najib Razak di laman facebook beliau.

Ini soal cost vs benefit.

Setakat ini, kerajaan telah belanja RM105.4 juta untuk menyediakan pusat kuarantin wajib dan untuk memberi subsidi kepada mereka yang pilih untuk berkurung wajib 14 hari dalam hotel.

Namun kerugian yang ditanggung negara bagi setiap hari negara berada dalam PKP ialah RM2.4 bilion.

“Negara rugi RM2.4 bilion sehari sepanjang PKP – Perdana Menteri”
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/negara-rugi-rm2-4-bilion-sehari-sepanjang-pkp-perdana-menteri-241015″

Apakah RM105.4 juta itu berbanding kerugian RM2.4 bilion setiap hari yang negara bakal tanggung jika negara terpaksa melaksanakan PKP ketat sekali lagi sebab ada yang ingkar kuarantin wajib di rumah?

Lagipun, tanggungan kerajaan bagi kos kuarantin boleh dikurangkan jika kita wajibkan mereka yang pulang atau pelawat yang tiba dari luar negara untuk membayar kos kuarantin masing-masing.

Untuk perhatian kerajaan, negara New Zealand mengumumkan semalam bahawa pelawat dan warga mereka yang pulang dari luar negara akan diperlukan untuk tanggung kos kuarantin wajib dipusat kuarantin atau hotel yang disyorkan. Hanya mereka yang benar-benar mengalami kesukaran kewangan akan dikecualikan.

“19 July 2020: Covid-19: National to charge for quarantine”
https://www.rnz.co.nz/news/political/421530/covid-19-national-to-charge-for-quarantine

Minggu lepas, negara Australia pula umum mereka akan mengenakan penjara wajib sehingga 6 bulan untuk mereka yang langgar kuarantin wajib.

Kerajaan Australia kata setakat mengenakan denda sahaja dah tak efektif.

“JULY 14, 2020 Tougher rules, new lockdowns around the world as COVID spreads”
https://www.cbsnews.com/news/coronavirus-lockdowns-quarantines-rules-spread/

Jangan sia-siakan pengorbanan Rakyat dan frontliners sebelum ini sehingga penularan Covid dalam Malaysia agak terkawal pada ketika ini.

Kita tak mahu mengulangi tempoh PKP berbulan-bulan yang ketat lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker