Jangan soal hak orang Melayu, kata ahli Parlimen Pasir Salak

Ahli Parlimen Umno Tajuddin Abdul Rahman hari ini berkata, hak orang Melayu tidak boleh dipersoalkan kerana mereka adalah penduduk asal Malaysia.

“Segelintir mungkin tidak mahu terima ini adalah Tanah Melayu, dan mungkin beberapa orang luar tidak mahu menerimanya,” kata ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika perbahasannya yang bersambung selepas rehat tengah hari di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, orang bukan Melayu turut memiliki hak, namun ia berbeza dengan hak orang Melayu.

“Ia perlu diterima. Hak pribumi tidak boleh dipersoalkan,” katanya.

Tajuddin yang juga pengerusi Prasarana berkata, tidak perlu membangkitkan isu hak Melayu dalam sektor ekonomi atau pendidikan atau dari segi peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Ini tidak boleh dipersoalkan, tetapi harus diberi,” katanya selain menambah bahawa perkara itu termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Beliau berkata, kaum lain juga mempunyai hak kebebasan beragama, budaya dan pendidikan dan orang bukan Melayu turut berpeluang untuk bekerja dan menjalankan perniagaan.

Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) berkata, hak orang Melayu disertakan dengan tanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik bagi kaum lain seperti memastikan negara sifar rasuah.

Bagaimanapun Tajuddin berkata, ia (rasuah) berlaku di mana-mana sahaja, termasuk di negara maju.

Terdahulu, Tajuddin memberitahu Dewan Rakyat gajinya selaku pengerusi Prasarana adalah RM8,000 sebulan, bukan RM40,000 hingga RM50,000 seperti didakwa. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker