Covid-19 : 21 kes baru hari ini

Share

Sebanyak 21 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 6 daripada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, dan 15 kes penularan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan ketika ini semarai 122 mangsa sedang dirawat di seluruh negara. Tiga daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berkenaan 6 kes import hari ini, Hisham melaporkan ia melibatkan 4 warganegara dan 2 bukan warganegara yang dibenarkan masuk atas urusan kerja.

“Enam kes import tersebut adalah dari Filipina (3 kes), India (1), Rusia (1), dan Denmark (1),” katanya dalam kenyataan.

Berkenaan 15 kes penularan dalam negara, Hisham melaporkan ia melibatkan 13 warganegara dan 2 bukan warganegara.

Bagi kes melibatkan warganegara, 12 dikesan dari Kluster Rumah Warga Emas Kluang di Johor, dan 1 dari saringan pra pembedahan di Negeri Sembilan.

Bagi kes melibatkan bukan warganegara, 1 kes dikesan dari Kluster Rumah Warga Emas Kluang, dan 1 dari saringan pra pembedahan di Johor.

Sementara itu, Hisham melaporkan 2 pesakit sembuh hari ini. Jumlah kematian kekal 123 orang seperti semalam.

Sehingga kini, Malaysia melaporkan 8,800 kes Covid-19 dengan 8,555 daripadanya sembuh. FMT

Leave a Reply