Tiada lagi kerjasama dengan Anwar, Muhyiddin akan diusir dari Bersatu – Mahathir

Berikut disiarkan sesi soal jawab antara hadirin dan Tun Dr Mahathir di TH Hotel malam tadi seperti dicatatkan oleh seorang rakan yang hadir.

Soalan hadirin 1: Apakah Tun Dr Mahathir akan menubuhkan parti baru?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada keputusan mahkamah pada 7 Ogos 2020. Jika saya kalah kes, saya akan menubuhkan parti baru tetapi jika saya menang kes, saya akan ambil-alih BERSATU dan usir Tan Sri Muhyiddin keluar dari BERSATU.

Soalan hadirin 2: Datuk Seri Faizal Azumu mengaku dia anak angkat Tun Dr Mahathir, apakah betul Datuk Seri Faizal Azumu adalah anak angkat Tun Dr Mahathir?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Saya hanya ada 7 orang anak dan Datuk Seri Faizal Azumu bukanlah anak angkat saya.

Soalan hadirin 3: Apakah ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian dengan memakai baju hitam dan bersemuka secara terbuka.



Soalan hadirin 4: Apakah benar semua ahli BERSATU BLACKOUT yang bertanding dalam pemilihan BERSATU adalah terkeluar secara automatik?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Jika saya menang kes mahkamah pada 7 Ogos 2020, saya akan usir Tan Sri Muhyiddin keluar dari BERSATU.

Soalan hadirin 5: Apa persediaan BERSATU BLACKOUT untuk menghadapi PRU 15?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada ahli-ahli yang ada.

Soalan hadirin 6: Jika Tun Dr Mahathir menubuhkan parti baru apakah parti baru ini akan bekerjasama balik dengan PH?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Parti baru ini tidak akan bekerjasama balik dengan PH kerana PH masih mahukan Datuk Seri Anwar sebagai PM. Saya memang tidak boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar.

Soalan hadirin 7: Apakah matlamat kita sekarang, mahu mengambil-alih BERSATU atau mahu mengambil-alih tampuk pemerintahan negara dan bila deadlinenya?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Pada mulanya kita mahu mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tetapi gagal, sekarang kita terpaksa tunggu PRU 15 di mana BERSATU BLACKOUT bebas untuk tentukan mahu bekerjasama dengan parti mana.



Soalan hadirin 8: Apakah Tun Dr Mahathir akan mempertahankan kerusi Langkawi dalam PRU 15?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada keadaan.

(Mohon sesiapa yang mempunyai rakaman sesi ini dapat mengongsikannya bagi memastikan keseluruhan catatan ini adalah tepat)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3424657040911663&id=100001022016761

Dr. Kamarul Yusoff



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker