‘Saya Bukan PATI..’ – Dihalang Solat Jumaat, Mat Dan Jawab Kecaman Netizen

Baru-baru ini Mat Dan luah rasa kecewa apabila dihalang untuk solat Jumaat kerana hanya dia bukan warganegara. Malah, dia turut dilihat sebak apabila tidak dibenarkan masuk masjid walaupun sudah sampai awal.

Terbaru, dia memohon maaf kepada Abang Rela dan menjawab segala kecaman yang dilemparkan ke atas dirinya. Menurutnya, dia tidak bermaksud untuk tidak hormat negara Malaysia namun hanya persoalkan mengenai tak dapat solat Jumaat.

Bukan tak hormat Malaysia

Saya faham abang Rela jalankan tugas dia. Saya cuma soal mengenai perkara itu. Shopping Mall saya boleh masuk, semua tempat boleh. Kenapa masjid tak boleh masuk?

Saya bukan orang PATI, saya bukan di depoh Imigrisen yang ditahan. Penularan kes tinggi dengan bukan warganegara saya tak pasti. Siapa yang cakap saya tak hormat Malaysia. Anda silap. Benda itu menyakitkan hati saya.

Tak tahan dikritik segelintir netizen, Mat Dan beri penjelasan mengenai perkara ini yang mendakwa dia tidak menghormati Malaysia. Perkara itu menyebabkan pengacara itu terasa itu kerana itu bukan apa yang cuba disampaikan.

Walau bagaimanapun, Mat Dan turut memohon maaf kepada abang Rela jika video itu buat dia tersinggung. Tambahnya lagi, video tersebut tidak ditujukan secara langsung kepada abang Rela

Saya mohon maaf pada Abang Rela cuma saya minta untuk melihat kembali SOP yang ditulis. Saya tahu ramai warganegara tak dapat solat cuma dalam Islam tak kira IC warna apa. Saya cuma nak solat Jumaat je, jahat sangat ke?

Mengakhiri penjelasan tersebut, dia turut berterima kasih kepada semua barisan hadapan yang berjaya memerangi Covid-19 di Malaysia.

Artikel sebelum ini :

Darah Saya Merah Juga’ – Mat Dan Terkilan Dihalang Tunai Solat Jumaat

Semua sedia maklum, walaupun kerajaan sudah membenarkan orang ramai untuk solat jemaah di masjid namun beberapa SOP telah ditetapkan contohnya mengamalkan jarak sosial untuk mengelakkan penularan Covid.

Terbaru seorang pengembara dan pengacara dikenali ramai, Mat Dan luah rasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah. Perkongsian itu turut mengundang simpati orang ramai yang turut sama sebak melihat video tersebut.

Sedih tak dapat solat Jumaat

Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara.

Mat Dan dilihat sebak meluahkan rasa terkilan tidak dapat masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana dia bukan warganegara Malaysia. Malah dia turut berkongsi pengalaman di Mekah dimana tidak mengenal kulit, bangsa atau rupa.

Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP.

Walau bagaimanapun, Mat Dan dilihat redha dengan SOP ditetapkan dimana warga asing tidak dibenarkan masuk dan berterima kasih kepada semua pandangan yang diberikan. Video pendek itu turut melahirkan rasa simpati orang ramai yang faham perasaan yang dialami selebriti itu. Oh Bulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker