Padah berasmara dalam semak · MYKMU.NET

Padah berasmara dalam semak

Share

Padah berasmara dalam semak, satu pasangan kekasih di barat daya Russia menerima padah apabila dipukul oleh seorang wanita warga emas.

Video aksi warga emas itu dirakam jiran tetangga yang menyaksikan kejadian berlaku berhampiran flat sebuah bandar di wilayah Stavropol Krai.

Seorang saksi berkata, ketika kejadian, wanita itu ternampak pasangan terbabit yang asyik berasmara di dalam semak di kawasan berkenaan.

Lucunya, Irina mengambil serpihan kayu dan berniat mahu memukul pasangan itu sebagai pengajaran kerana melakukan perbuatan tidak senonoh berdekatan kediamannya.

Video berkenaan memaparkan, Irina menjerkah pasangan itu sebelum memukul belakang lelaki itu sebelum memukul paha wanita terbabit.

Lapor The Sun, Ahli Psikologi Keluarga Natalya Panfilova berpendapat, tindakan warga emas itu wajar berikutan dia marah dengan perbuatan tidak senonoh dilakukan pasangan itu.

“Tindakannya itu terbawa-bawa oleh sikap orang lama yang ada dalam dirinya.

“Jadi, dia mencapai apa saja di depannya untuk memukul pasangan itu seperti memukul kanak-kanak,” katanya kepada agensi berita Vzglyad.

Tindakan warga emas itu turut menjadi perhatian dan meraih sokongan warganet Russia. HM

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/07/VID_20200720_090854.mp4[/KGVID]

Leave a Reply