Lagi 3000 ahli PKR keluar parti, tamparan buat Anwar

Lebih 3,000 ahli PKR Cabang Pitas keluar parti

Seramai 3,125 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah daripada Cabang Pitas hari ini mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut.

Tindakan yang diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Kudat, Datuk Seri Rudy Awah berkata, langkah serta merta itu diambil selepas melihat ketidaktentuan hala tuju parti terutamanya melibatkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

“Hari ini sebulat suara kami keluar parti dan keahlian yang ada dan telah diatur urus sama, hampir dua tahun menjalankan tugas sebagai penyelaras DUN (Pitas), ahli-ahli ini yang kita telah bawa masuk bersama seramai 3,125 orang yang akan keluar bersama-sama.

“Untuk makluman, selepas kami keluar ini, DUN N3 Pitas tidak ada lagi Keadilan (PKR), lumpuh terus,” kata Rudy pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama ratusan ahli PKR cabang tersebut.

Mesyuarat berkenaan dibuat di sebuah lokasi berhampiran Pekan Kota Marudu, pada Sabtu.

Sementara itu, Rudy yang juga merupakan bekas Pengerusi Biro Latihan dan Jentera Parti MPN PKR Sabah berkata, pihaknya dan para ahli yang bertindak keluar pada hari ini akan mengumumkan sebagai bebas mana-mana parti, namun berpendirian akan menyokong Perikatanan Nasional (PN) di Sabah.

“Untuk makluman semua kepada ahli-ahli parti, pendirian tersendiri, kita keluar parti kita pergi blok bebas pada hari ini.

“Selepas itu kita bergerak, kita akan gunakan Persatuan Jiwa Anak Pitas kerana kami ini tidak berhenti kerja ini, selepas seminggu dua ini kami akan terus bekerja.

“Tapi kami menyokong kepada parti Perikatan Nasional dan juga menyokong penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker