Bukit St Paul ditukar ke nama asal Bukit Melaka dibantah Siti Kassim & MCA Kota Melaka

Bantahan MCA Kota Melaka terhadap cadangan penukaran nama Bukit St Paul kepada nama asalnya – Bukit Melaka hanya menunjukkan sikap terburu-buru mereka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, MCA – parti berasaskan kaum Cina – perlu bersikap lebih tenang serta tidak cepat melatah apabila kerajaan cuba untuk memartabatkan kembali unsur kemelayuan di tempat-tempat bersejarah.

MCA juga perlu ingat bahawa yang lebih dekat dengan sejarah Tanah Melayu terutama di Melaka Bandaraya Bersejarah adalah orang Melayu itu sendiri, tegas Kamaruddin.

“Tiada unsur perkauman ataupun unsur tidak masuk akal seperti yang disifatkan oleh MCA menerusi cadangan pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Membantah penukaran nama ini hanya akan merugikan MCA.“Ia hanya akan menunjukkan betapa MCA kurang menelusuri sejarah Melaka,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, PERZIM bercadang menukar nama Bukit St Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

“Bukit Melaka adalah nama asalnya. Bila penjajah masuk Melaka nama itu ditukar kepada Bukit St Paul. Jadi, sekarang seolah-olah kita sedang mempromosikan nama gereja yang ada di situ.

“Jadi, kita mahu kembalikan nama itu kepada pemilik asalnya iaitu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka,” kata Pengurus Besar PERZIM, Mohd Nasruddin Rahman.

Sebaliknya, cadangan itu mendapat tentangan MCA Kota Melaka dengan mendakwa tindakan mengubah nama ikon sejarah itu sebagai tidak masuk akal.

Naib pengerusinya, Datuk Ronald Gan berkata, Bukit St Paul harus kekal seperti yang telah diketahui selama ini.

Kamaruddin menegaskan, cadangan PERZIM amat baik dan sewajarnya disokong supaya orang Melayu pada masa kini dan akan datang tahu akan identiti mereka.

“Tidak akan hilang nilai sejarah pun bila nama Bukit St Paul ditukar kepada Bukit Melaka, yang sememangnya nama asal dia. Bukit St Paul ini atau nama tempat-tempat lain penjajah yang popularkan, bukan nama asal.

“Kita lihat di Singapura, walaupun pesat membangun mereka masih kekalkan nama asal seperti Bukit Timah, Geylang, Arab Street dan lain-lain tempat.

Tiga dari kanan, Ronald Gan bergambar bersama Waytha Moorthy, bekas Menteri di Jabatan Perdana (Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial). Sumber gambar: FB Waytha Moorthy.

“Bila orang pergi Bukit St Paul, isu dia mesti lebih terfokus kepada penjajah. Jadi sejarah kehebatan empayar kesultanan Melaka di situ tenggelam,” katanya.

Justeru, beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya MCA Kota Melaka bertemu dengan pihak PERZIM sendiri bagi mendapatkan kenyataan mereka.

“MCA patut tahu, PERZIM ada autoriti, dia memang kaji sejarah,” katanya.

Sementara itu peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim turut menyatakan pendiriannya membantah penukaran nama Bukit St Paul kepada nama asal Bukit Melaka.

Beliau yang juga seorang aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) Seksualiti Merdeka yang bernaung di bawah Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (Comango) itu juga turut kongsikan pautan petisyen bantahan terhadap usaha murni PERZIM mengambalikan nama bukit itu kepada nama asalnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker