Tidak pakai pelitup muka, wanita mengamuk dihalang masuk Ikea [Video]

KUALA LUMPUR, 17 Julai ― Walaupun kes Covid-19 di Malaysia berkurangan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin longgar, namun orang ramai masih perlu memastikan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Namun sebaliknya berlaku apabila seorang wanita naik angin dan mencetuskan kekecohan kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat perabot Ikea kerana tiada pelitup muka.

Wanita terbabit melalui rakaman yang tular di media sosial berang kerana seorang ahli keluarganya yang tidak berpelitup muka dihalang oleh pengawal keselamatan masuk ke dalam premis.

Tidak berpuas hati, wanita tersebut memaki hamun pengawal keselamatan terbabit dan mendakwa mereka bersikap berat sebelah kerana ada pelanggan yang bebas masuk tanpa pelitup muka.



Di penghujung video, kedua-dua wanita terbabit kelihatan tersenyum gembira berjalan-jalan dalam premis selepas mendapat pelitup muka secara percuma.

“Tahu-tahu sampai Ikea tanpa perlu pakai mask , beli mask, bawak mask tak perlu, mereka bagi free,” kata wanita terbabit dalam rakaman video itu.

Rakaman itu mendapat reaksi negatif warga maya yang membidas sikap pengasas produk kecantikan kulit itu.



“Kena ikut peraturan. Pengawal itu menjalankan tugas kena fahamlah. Nanti kena penyakit menyesal seumur hidup,” catat pengguna Facebook Radzi Hamzah di ruangan komen.

Ada juga yang menganggap usahawan itu sengaja mencetuskan kekecohan dan memuat naik video di media sosial bagi melariskan produknya.

ProjekMM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker