MENDEBARKAN! Jeritan Minta Tolong Selamatkan Keluarga Ini Dari Disamun [Video]

Niat jahat penjenayah yang terdesak untuk meraih keuntungan, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Kegiatan jenayah kebiasaannya dilakukan tanpa mengira waktu dan tempat.

Menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah berjaya merakam kejadian samun sebuah rumah yang didakwa berlaku di sebuah rumah berhampiran Hospital Columbia Asia, Klang Selangor.

4 penyamun bersenjata parang

Menerusi rakaman video tersebut, dilihat sebuah kenderaan kumpulan penjenayah itu memakir di hadapan rumah mangsa. Kemudian 4 orang suspek bersenjatakan parang memanjat tembok rumah mangsa dan melulu masuk ke dalam rumah. Turut kedengaran jeritan mangsa yang berada di dalam rumah semasa suspek memasuki rumahnya.

Kejadian berlaku dengan pantas, salah seorang mangsa dilihat berjaya melarikan diri keluar rumah bagi mendapat bantuan. Mangsa menjerit sekuat hati bagi mendapat pertolongan jiran. Namun, keempat-empat suspek berjaya melarikan diri.

Moga penyamun dapat diberkas

Rata-rata netizen berharap agar penjenayah tersebut dapat diberkas secepat mungkin. Nasihat turut diberikan agar sentiasa mengunci pintu pagar rumah walaupun terdapat orang di dalam rumah.

Polis mengesahkan kejadian samun di dalam rumah melibatkan 5 suspek lelaki tempatan bersenjatakan parang di Taman Mutiara Bukit Raja 2 Klang, Selangor.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker