Fakta VS Auta: Video #Penerangan200 Jawab Pembohongan DAP

Mungkin ada yang dah lihat video #Penerangan200 menjawab dakwaan auta YB Sen Liew Chin Tong di laman lain. Kami ambil maklum permintaan dan telah menyediakan versi bersama sarikata bahasa Melayu. Selamat menonton.

 

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Fakta vs Auta yang disiarkan menerusi video #Penerangan200 menjawab dakwaan pembohongan pemimpin Dap, Senator Liew Chin Tong yang disiarkan sebelum ini melalui media sosial.

Menerusi video #Penerangan200, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menjawab dan menjelaskan beberapa perkara atau topik yang dibangkitkan oleh pemimpin Dap berkenaan.

Video tersebut yang disiarkan menerusi bahasa Inggeris jelas memberi kefahaman kepada semua pihak yang menontonnya dan turut mengandungi sarikata dalam bahasa Melayu.

Antara yang dibangkitkan oleh pemimpin Dap tersebut ialah kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti di Parlimen selain beberapa perkara lain yang dijawab secara bersahaja oleh Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO.

Dengan penampilan fakta yang disunting menerusi animasi terkini bagi menjawab segala tohmahan tersebut, jelas apa yang dilontarkan oleh pemimpin Dap berkenaan dapat dipatahkan selain memperlihatkan perkara yang sebenarnya adalah auta semata-mata.

Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker