Covid-19 : 9 kes baru hari ini, 7 di Sarawak

PUTRAJAYA: Sembilan kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 96

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, 5 pesakit pulih direkodkan semalam menjadikan jumlah pesakit sembuh setakat ini 8,546 orang.

Dengan tambahan kes baru, jumlah individu dijangkiti Covid-19 di negara ini adalah seramai 8,764.

Beliau berkata, hanya seorang pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Angka kematian akibat Covid-19 kekal 122 orang susulan tiada kematian baru dilaporkan. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker