Syed Saddiq tinggalkan bangunan SPRM selepas 11 jam

Selepas hampir 12 jam, bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam ini.

Pegawainya, Luqman Long, memberitahu Syed Saddiq keluar dari bangunan berkenaan kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu semasa mengemas kini statusnya ahli parlimen Muar itu berkata tiada apa yang ingin disembunyikannya.

“Sekali lagi, saya tak ada nak sembunyikan apa-apa. Berani kerana benar,” katanya melalui ciapan di Twitter.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPRM yang bertugas lebih masa pada hari ini dan memberikan layanan yang baik serta profesional.

Terdahulu SPRM menafikan mereka menahan bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker