Real Madrid juara buat kali ke 34

MADRID: Real Madrid dimahkotakan juara La Liga buat kali ke-34 sebentar tadi selepas Karim Benzema meledak dua gol ketika menang 2-1 mengatasi Villarreal seterusnya meraih gelaran berbaki satu perlawanan.

Dua gol Benzema termasuk penalti kontroversi babak kedua di Stadium Alfredo di Stefano ketika Madrid membuka jurang tujuh mata dan menamatkan dua musim dominasi Barcelona.

Barca perlu mengatasi Osasuna di laman sendiri sambil berharap Madrid tewas tetapi cabaran mereka berakhir apabila tewas 2-1 di Camp Nou, walaupun Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.

Ia bermakna Madrid meraih gelaran La Liga ketiga dalam lapan tahun selepas persembahan baik sejak bola sepak Sepanyol bersambung pada 11 Jun selepas pandemik COVID-19.



Skuad Zinedine Zidane menang 10 daripada 10 perlawanan sejak bermula.

Mereka hanya bolos tiga gol dan tidak pernah ketinggalan dalam perlawanan.

“Bagi saya ini adalah satu daripada hari terbaik dalam karier profesional saya,” kata Zidane. “Selepas perintah berkurung dan semuanya, ia menakjubkan.” – AFP BH



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker