Muka Johnny Depp lebam ditampar isteri

Muka Johnny Depp lebam didedahkan di Mahkamah Tinggi Britain

MAHKAMAH Tinggi Britain pada Khamis mendedahkan foto muka bintang Hollywood, Johnny Depp dalam keadaan lebam, di tengah-tengah dakwaan bahawa dia ditampar oleh bekas isterinya, Amber Heard.

Ketika prosiding perbicaraan, ketua pengawal peribadi Depp, Sean Bett mendakwa Heard sering melakukan serangan fizikal terhadap suaminya ketika perkahwinan mereka sedang goyah.

Foto yang dikemukakan itu difailkan bersama kenyataan bertulis Bett.

Difahamkan, Depp berdepan 14 pertuduhan yang dibuat oleh bekas isterinya itu berhubung keganasan rumah tangga antara tahun 2013 dan 2016.
Ia termasuk satu kejadian yang berlaku di sebuah pulau di Bahamas, rumah sewa di Australia sertajet peribadi.

Bagaimanapun, pelakon filem Pirates Of Caribbean itu menafikan kesemua pertuduhan tersebut.
Depp bercerai dengan Heard pada tahun 2016.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker