Bila saya tawarkan jawatan TPM kepada Shafie, tanya Muhyiddin

Saya tidak pernah tawar Shafie jawatan TPM, kata Muhyiddin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Presiden Warisan Shafie Apdal seperti didakwanya dalam wawancara sebelum ini.

“Merujuk kepada kenyataan Shafie dalam wawancara dengan Malaysiakini, saya menegaskan tidak pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada beliau pada Mac selepas menjadi perdana menteri, seperti didakwa.

“Saya menyifatkan kenyataan Shafie dalam wawancara sama yang menyatakan, “beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu‘’ sebagai tidak benar.

“Kenyataan itu adalah andaian semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker