PM: 5 menteri belum isytihar harta

Share

Sejumlah lima anggota kabinet yang belum menyerahkan pengisytiharan harta, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bercakap di Dewan Rakyat, Muhyiddin berkata beliau mengambil berat tentang perkara itu.

“Dalam pengisytiharan harta, (masa yang diberikan) bukan sebulan, (tetapi) tiga bulan. Bagi saya masa yang diberikan mencukupi.

“Dalam senarai kabinet, sebanyak 97 peratus telah serahkan (pengisytiharan harta). ada lima orang lagi (belum berbuat demikian).

“Saya tak perlu sebut (siapa). Saya akan ambil perhatian berat dan minta ia disegerakan. Begitu juga di peringkat timbalan menteri dan anggota Parlimen,” katanya.

Muhyiddin (PN-Pagoh) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Teo Nie Ching (PH-Kulai) berhubung status pengisytiharan harta oleh kabinet Perikatan Nasional (PN). Mkini

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!