Covid-19 : Bantuan tambahan kepada pelajar IPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa prihatin terhadap maklum balas daripada para pelajar, ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan supaya yuran-yuran di Universiti Awam dapat dikurangkan dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa akibat penularan wabak COVID-19.

KPT telah mengadakan rundingan dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung perkara ini.

Hasil daripada rundingan tersebut, Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama dan yuran perkhidmatan atau aktiviti Universiti Awam (UA) sehingga 15% setelah mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dan Universiti Awam.

Pengurangan yuran bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk pelajar warganegara Malaysia ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 72 juta di mana RM 20 juta telah dipersetujui bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalam universiti.



Seramai 523,318 pelajar UA di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini.

Pengurangan yuran ini adalah tambahan kepada bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada pelajar sebelum ini seperti:

i. Bantuan secara one-off sebanyak RM200 kepada setiap pelajar IPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM168,292,800 yang memberikan manfaat kepada 841,464 pelajar;

ii. Peruntukan sebanyak RM52,202,412 disalurkan kepada lebih 82 ribu pelajar yang berada di dalam kampus semasa tempoh PKP bagi penyediaan makanan mereka;



iii. Penghantaran pulang 57,565 pelajar melibatkan peruntukan sebanyak RM17.4 juta.

Dr Noraini Ahmad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker