Covid-19 : 3 kes baru sahaja hari ini

Tiga kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 12 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 122 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang medianya di sini, 3 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 1 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,737 kes Covid-19 dengan 8,538 daripadanya disahkan sembuh.

Ketika ini, 77 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.

Noor Hisham berkata, 3 kes hari ini melibatkan 1 kes import dan 2 kes tempatan. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker