Cecair pembasmi kuman dan pelitup muka disediakan sekolah, bukan guru

Share

BUKAN guru sebaliknya pihak sekolah yang perlu menyediakan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak sekolah perlu menyediakan kelengkapan itu menerusi peruntukan yang disalurkan Kementerian Pendidikan.

“Apabila kita katakan sekolah mesti menyediakan cecair pembasmi kuman dan membuat saringan suhu badan dan sebagainya, ia perlu disediakan sekolah bukan guru menyediakannya secara persendirian untuk diri mereka.

“Saya difahamkan… saya harap perkara ini benar, Kementerian Pendidikan pun mengeluarkan peruntukan kepada setiap sekolah untuk membeli cecair pembasmi kuman, pelitup muka dan sebagainya.

“Jadi saya harap sekolah berkaitan yang saya terbaca (laporan) muka depan sebuah akhbar saya harap sekolah itu dapat sediakannya untuk pelajar bukan saja ketika masuk sekolah tetapi di kantin dan sebagainya (walaupun) saya percaya kantin hari ini makanan berbungkus,” katanya pada sidang media harian di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas laporan berkaitan guru di sekolah perlu membeli cecair pembasmi kuman dan pelitup muka menggunakan wang sendiri.

HM

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!