PdP dalam talian : KPT runding dengan SKMM isu capaian internet luar bandar

Share

Kerajaan meneruskan rundingan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencari penyelesaian terhadap masalah capaian internet di luar bandar termasuk bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian di Sabah dan Sarawak

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kerajaan menyedari beberapa cabaran dalam melaksanakan PdP secara dalam talian antaranya seperti akses internet terhad, kos pelan data masih tinggi dan pelajar sendiri tidak memiliki peralatan sesuai seperti komputer riba dan telefon.

“Kerajaan gariskan beberapa strategi bagi cabaran-cabaran ini dan antara strategi yang telah dikenal pasti ialah universiti telah diminta ambil tindakan segera dengan menghantar bahan PdP melalui pos,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) yang ingin tahu strategi kerajaan bagi menambah baik capaian internet khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) di Sabah dan Sarawak.

Mohamad berkata ia susulan aduan diterima beliau daripada pensyarah sebuah IPT di Kota Kinabalu yang terpaksa menaiki bumbung bangunan untuk mendapatkan liputan internet bagi menyemak tugasan penuntut dan melaksanakan kuliah secara dalam talian.

— BERNAMA

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!