Lam Thye bidas Kit Siang

Lam Thye bidas Kit Siang

Aktivis sosial, Lee Lam Thye kekal dengan dakwaannya apabila menuding jari kepada veteran DAP, Lim Kit Siang, menjadi penyebab beliau meninggalkan parti itu lebih 30 tahun lalu.

Lam Thye menuduh Lim mempunyai memori terpilih susulan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwanya melakukan “penipuan besar” berhubung punca meninggalkan parti itu.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya ada individu mempunyai memori terpilih. Sekiranya, beliau menuduh saya membuat penipuan besar, beliau sebenarnya tidak bercakap benar,” kata Lam Thye dalam kenyataan.

Perbalahan antara Lam Thye tercetus selepas beliau mendakwa “dikhianati” oleh Lim seperti terkandung dalam autobiografinya, “Call Lee Lam Thye: Recalling a Lifetime of Service”.

Lam Thye menulis bahawa Lim memaksanya meninggalkan parti itu pada 1990, dengan tidak membenarkannya mempertahankan Parlimen Bukit Bintang, yang disandangnya selama empat penggal.

“Itulah kebenarannya. Tiada gunanya membicarakan perkara ini atau memanjangkan lagi isu ini. Ia tidak menguntungkan sesiapa pun. Ia sudah tersemat dalam lipatan sejarah,” katanya sambil menambah enggan lagi memberi maklum balas terhadap mana-mana komen berhubung isu itu.

Lam Thye berkata, sekiranya ketika itu beliau dibenarkan mempertahankan kawasan Parlimen berkenaan, tiada alasan baginya untuk meninggalkan DAP.

Katanya, ada usaha untuk memindahkannya ke kerusi lain kerana gaya politiknya yang “tidak suka bersengketa”, beliau dimaklumkan parti mempunyai calon lain untuk bertanding di Bukit Bintang.

Individu berkenaan merupakan bekas ahli MCA, Wee Choo Keong. Bagaimanapun, Wee tumpas pada 1998

Pengunduran Lam Thye daripada DAP pada 29 Sept 1990 mencetuskan kejutan politik kerana beliau tidak mendedahkan alasan keluar parti. FMT

Lam Thye bidas Kit Siang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker