Cari pasal bergambar separuh bogel dalam tandas sekolah

POLIS menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung gambar separuh bogel yang diambil di tandas sebuah sekolah di Bukit Mertajam hingga tular di laman sosial.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya dekat Taman Permai Jaya, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tangkapan dibuat selepas pegawai kanan polis melihat paparan gambar seorang lelaki berpakaian seragam melakukan perkara tidak senonoh tersebar di Facebook (FB).

“Selepas tangkapan dibuat, pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hadir membuat laporan polis terhadap suspek.

“Pihak sekolah dan PIBG kesal kerana perbuatan itu menyebabkan mereka difitnah tidak melaporkan perkara berkenaan kepada polis sedangkan mereka tidak tahu sehinggalah melihat gambar berkenaan tersebar di FB,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan yang dibuat mendapati suspek membuat laporan polis semalam dengan memaklumkan dia diugut individu tidak dikenali.

“Individu itu meminta wang sebanyak RM5,000 jika tidak mahu gambar separuh bogel tersebar kepada umum.

“Takut dengan ugutan itu, suspek membuat laporan polis namun gambar kelakuan tidak senonohnya mula tersebar hari ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker