Adakah Srikandi Bersatu WP menuduh UMNO parti toksik?

Ketua Srikandi Bersatu Wilayah Persekutuan, Ema Syuhaili berkata mengutamakan parti sendiri terutama berkaitan pembahagian kerusi hanya mentoksikkan kedudukan Perikatan Nasional.

Kita percaya beliau menujukan kenyataannya itu kepada parti UMNO kerana sebelum ini ramai pemimpin Umno menyatakan UMNO akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi parti itu sebelum ini.

Najib jawab menteri PPBM: ‘Mersing kita ambil balik’

Minta Maaf @ Salah Tafsir, Parlimen Mersing Kekal Milik UMNO – Zahid Hamidi

Bukan hanya Mersing, tapi kerusi lain juga perlu kembali kepada UMNO – Nazri Aziz

Ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari Srikandi Bersatu. Jangan lupa UMNO juga banyak membuat pengorbanan dalam membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Beliau juga memperlekehkan BN dengan mengatakan parti itu dibayangi dengan imej rasuah, kronisme dan nepotisme.

Kenyataan beliau ini adalah sangat tidak kena pada tempatnya lebih-lebih lagi sebelum ini Menteri dari Bersatu telah memperlekehkan parti UMNO.

Menteri Bersatu hina Umno di khalayak ramai.

Penghinaan Menteri Bersatu, “Sekarang UMNO Dah Tak Laku” [Video]

Berikut adalah kenyataan Srikandi Bersatu Wilayah Persekutuan yang disiarkan Awani.

Jangan jadi parti toksik dalam PN – Srikandi Bersatu WP

Sikap ego dan mengutamakan parti sendiri terutama berkaitan pembahagian kerusi hanya mentoksikkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) sebagai parti kerajaan serta mengganggu usaha menjaga dan membela rakyat.

Ketua Srikandi Bersatu Wilayah Persekutuan, Ema Syuhaili menegaskan, perjuangan mengutamakan parti masing-masing tidak harus terlalu diutamakan sehingga melebihi keutamaan serta perjuangan PN sendiri.

“Lebih-lebih lagi jika mengutamakan kepentingan parti sendiri itu boleh menyinggung perasaan parti lain atau menyebabkan kedudukan PN tidak lagi diutamakan.

“Rakyat sendiri akan meluat jika isu-isu mengutamakan parti sendiri lebih diutamakan berbanding PN itu sendiri sebagai kerajaan.

“PN yang menjadi kerajaan mesti menunjukkan perpaduan dan kesepakatan kerana inilah yang akan memberi keyakinan kepada rakyat, seterusnya membolehkan tugas menjaga rakyat dapat dilakukan dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu katanya, kedudukan PN sebagai kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri secara umumnya mendapat reaksi positif dan diterima baik seluruh rakyat.

“Dapat dilihat di mana-mana dan semua kelompok masyarakat menunjukkan penerimaan. Malah, kerajaan ini bukan saja lebih baik daripada PH, bahkan juga lebih diterima berbanding Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang dibayangi imej rasuah, kronisme dan nepotisme.

“PN sebaliknya lebih menggambarkan kepelbagaian dan kemajmukan yang sesuai dengan komposisi masyarakat, bahkan pemimpin yang ada dalam kerajaan jelas lebih berwibawa.

“Lantaran itu, semua parti-parti dalam PN seharusnya menjaga kerajaan ini agar ia kekal lebih lama mentadbir negara serta menjauhi perbuatan mengutamakan parti masing-masing,” tegasnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker