Kesenian Politik Mahathir, Dan Kegagalan PH Membacanya

Semua orang tidak menyangka bahawa semalam Mahathir lenjun direndam oleh MP Kerajaan bertubi – tubi sehinggakan beliau terduduk setelah disiram oleh Shahidan dan Bung Mokhtar dalam isu penyingkiran dan perlantikkan speaker baru.

Anehnya walaupun Mahathir teruk ‘disiram’ pada waktu itu bantuan daripada mp pembangkang lain tidak kunjung tiba melainkan Syed Saddiq yang digelar cucu oleh Azeez Rahim tadi yang setia mempertahankan tun.

Malah Ketua Pembangkang pun seolah – olah mematikan diri tidak berminat untuk membantu mantan perdana Menteri dua kali itu.

Untuk rekod krisis kempimpinan negara ini bermula apabila Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana Menteri secara mengejut tanpa sempat memaklumkan dan berbincang mengenainya dengan majlis presiden.

Alasan beliau adalah kerana beliau kehilangan sokongan daripada parti beliau. Walhal apabila tersebarnya kandungan audio dalam mesyuarat Bersatu telah membuktikan sebaliknya.

Sebahagian daripada pemimpin  dan ahli politik PH percaya bahawa tindakan ini adalah gerakan politik terancang yang diaturkan oleh beberapa orang pemain politik yang berpengalaman dan Mahathir adalah watak utama dibelakangnya.

Semua ini adalah disebabkan hanya satu tujuan iaitu beliau sebolehnya tidak mahu kerusi no 1 negara diserahkan kepada Dato ‘ Seri Anwar Ibrahim.

Ini jelas dengan pelbagai helah dan kenyataan terbuka yang sering kali berubah apabila isu tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar dibangkitkan dikalangan pimpinan parti dan pihak media.

Sebab itu semalam kedengaran beberapa MP Kerajaan menzahirkan rasa terima kasih terhadap Mahathir atas tindakan beliau melepaskan jawatannya sebagai PM, kerana bermula dengan titik tolak itulah Kerajaan PH yang sedia ada tumbang dengan sendirinya.

Maka apa yang berlaku di parlimen semalami dibaca sebagai sebahagian daripada plot sandiwara Mahathir oleh sesetengah penganalisa politik kerana bukan semua berjaya ditonjolkan oleh kamera di parlimen semalam tetapi ada juga babak atau adegan yang terlepas pandang umpamanya gambar dibawah ini yang terbuka kepada pelbagai tafsiran pro & kontra. Yang pasti itulah susuk insan yang mempamerkan kesenian politik seorang negarawan berusia 95 tahun ini.

 

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker