Giliran pemimpin Dap keluar parti

Share

Seorang lagi pemimpin DAP cawangan di Sarawak keluar parti

Pemimpin DAP cawangan ke-2 mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.

Sanjan Daik, timbalan ketua DAP Bunuk berkata, beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada sekretariat dan juga pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen.

Peletakan jawatan Sanjat berlaku susulan pengunduran ketua DAP cawangan Serian Edward Andrew Luwak yang dlaporkan baru-baru ini.

Daik memberitahu FMT bahawa beliau mungkin menimbangkan untuk menyertai parti politik lain sekiranya terdapat “tawaran yang baik”, tetapi tidak akan menyertai Gabungan Parti Sarawak yang memerintah.

ADVERTISING

Ads by Teads

Katanya, beliau dicadangkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong pada pilihan raya negeri akan datang, tetapi kebanyakan pengundi di situ sudah hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

“Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kemusnahan kendiri yang berlaku dalam PKR sedikit-sebanyak memberi kesan ke atas sokongan rakyat pada DAP,” katanya.

Daik berkata, beliau diberitahu oleh ahli parti yang lain bahawa orang ramai mengeluh pemimpin PH menghabiskan terlalu banyak masa berpolitik, bukannya melaksanakan pembangunan semasa mereka berkuasa.

Katanya, projek yang diminta untuk Mambong seperti jalan ladang tidak dibuat sama sekali. FMT

One thought on “Giliran pemimpin Dap keluar parti

  • July 14, 2020 at 20:22
    Permalink

    Si bangang je yang kekal percaya duk dalam ph…

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!