#Covid-19 : 4 kes baru, tiada penularan tempatan

Share

PUTRAJAYA: Sebanyak 4 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, ketika 4 pesakit pulih hari ini, menjadikan keseluruhan kes sembuh 8,524 orang atau 97.7%.

Jumlah kematian kekal 122 orang apabila tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 2 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 83 kes,” katanya.

Menurut Hisham, 4 kes baru itu kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 3 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara.

Tiada kes jangkitan melibatkan penularan tempatan dilaporkan

Sehingga kini jumlah kumulatif kes di Malaysia berjumlah 8,729.

FMT

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!