BN akan bincang cara baiki adab perbahasan ahli Parlimen, kata Khairy

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan dalaman untuk mencari kaedah lebih baik memperbaiki adab perbahasan di Parlimen, selepas timbul isu warna kulit dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

“Perbahasan Parlimen selalu tegas, tetapi kita mesti membezakan jawapan yang cerdik dengan tajam/keras dengan pernyataan perkauman/seksis/umur,” tulis menteri sains, teknologi dan inovasi itu di Twitternya hari ini.

Semalam, isu warna kulit menjadi perdebatan ketika Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) berucap dan Abdul Azeez Abdul Rahim (PN-Baling) berkata “gelap, tak nampak” dan “pakailah bedak”.

Azeez bagaimana berkata, beliau tiada niat menggelar sesiapa “gelap” kerana beliau pernah duduk di tempat Kasthuri yang didakwanya mempunyai isu pencahayaan.

Azeez akur dengan arahan Speaker, Azhar Harun dan menarik balik serta memohon maaf atas sindiran warna kulit yang mencetuskan kekecohan pada hari pertama Dewan Rakyat bersidang.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker