Bapa lacurkan anak, 5 pelanggan direman 7 hari

LELAKI yang dipercayai merogol dan melacur anak perempuannya berusia 13 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Selain lelaki berusia 43 tahun itu, lima lelaki warga asing disyaki pelanggan turut direman selama tujuh sehingga 20 Julai.

Permohonan reman itu dibuat di Mahkamah Majistret Kajang pada 10 pagi, hari ini.

Difahamkan suspek utama ditahan di Pandan Indah, manakala lima lelaki warga asing itu pula ditahan dalam serbuan berasingan di Batu 9 Cheras dan Kajang, malam tadi.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan remaja perempuan berkenaan dirogol sejak berusia 10 tahun dan dilacurkan bapa kandungnya pada pertengahan 2019 hingga Februari lalu sebelum ibu saudara mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 37B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker