Mysejahtera : Azeez Rahim dan Redzuan sekolahkan Maszlee dalam parlimen

Dalam sessi perbahasan dan soal jawab , YB Datin Seri Wan Azizah bertanya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Redzuan mengapa aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh syarikat luar negara.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan kerana data-data rakyat Malaysia akan mudah dimiliki oleh agensi-agensi asing.

Datuk Seri Redzuan dalam jawapannya mengatakan Mysejahtera dibangunkan oleh KPISoft Sdn Bhd yang merupakan syarikat tempatan dengan kerjasama Mampu dan Nacsa.

KPISoft berkembang menerusi bimbingan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), pada 2010, sebelum menempa nama pada peringkat serantau dengan pembukaan ibu pejabat di Asia Pasifik, empat tahun kemudian.

KPISoft terus menempa nama pada peringkat global termasuklah di Amerika Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Singapura dan India dan kini mempunyai pejabat operasi di 15 negara.

Maszlee tiba-tiba mencelah dan tidak mengikut peraturan mesyuarat menyatakan KPISoft adalah syarikat yang berdaftar di Amerika Syarikat dan berpangkalan di Singapura.

Beliau juga berkata aplikasi MyFuture Job yang dilancarkan Perkeso juga dibuat syarikat dari Belanda. Beliau mempersoalkan kenapa tidak diberi kepada syarikat Melayu Islam tempatan kerana kononnya kerajaan Perikatan Nasioanl memperjuangkan Melayu Islam ?

Redzuan dalam jawapan balasnya menyuruh bekas Menteri Pendidikan,Maszlee buka minda sikit. Menurutnya banyak syarikat yang berdaftar di luar negara tetapi milik rakyat Malaysia. Begitu juga dengan KPISoft yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Azeez Rahim pula bertanya kepada Maszlee siapakah yang memberi “award” kepada syarikat tersebut ?

“Dia( PH semasa menjadi kerajaan) yang bagi award, dia yang mempersoalkannya sekarang”, kata Azeez Rahim lagi.

Ternyata Maszlee nampak bodoh di hari pertama sebagai pembangkang di dalam parlimen – Mykmu.Net

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker