AZMIN KEKAL JADI ‘TROJAN’, CUBA JADI ‘QUEEN CONTROL’ PN SELANGOR?

MESYUARAT KENA TERJAH, AZMIN GELUPUR?

Mengejutkan sekali ada mesyuarat di Selangor tidak mempelawa Umno untuk turut serta sebagai rakan dalam Perikatan Nasional. Seorang individu telah mempengerusikan mesyuarat tersebut sedangkan pimpinan tertinggi PN belum pun bermesyuarat bagi menentukan proses perlantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di negeri bukan ditadbir PN.

Dikatakan berlaku proses tawar menawar dan ini bukanlah perkembangan yang sihat untuk kerjasama PN di peringkat negeri. Menurut satu sumber terdapat desas desus menyatakan Azmin Ali telah cuba mempengaruhi rakan lain dalam PN untuk memulaukan Umno dalam mana mana mesyuarat berkaitan. Bagaimanapun tembelang pecah apabila Pengerusi Umno Selangor menghidu perlakuan tersebut dan mengambil langkah menerjah mesyuarat yang dijalankan.

Sikap Azmin Ali dalam hal ini menimbulkan persoalan adakah beliau sebenarnya hanya berpura-pura berbaik dengan rakan lain dalam PN tetapi dalam masa sama bersikap ‘menikam belakang’ demi survival politik beliau. Seperti diketahui umum, Azmin dan bekas PKR yang menyertai PN masih belum ada paksi politik yang kuat dan Azmin sendiri bukanlah Presiden mana mana parti komponen dalam PN.



Sehingga bila Azmin mahu bersandiwara? Cukuplah Anwar Ibrahim tertipu dengan lakonan selama beliau berada belakang tirai besi dan membiarkan Azmin ‘bermaharajalela’ kerana kepercayaan Anwar terhadap beliau sangat besar tetapi akhirnya untuk kepentingan politik, Azmin memilih keluar dari PKR yang turut sama diasaskannya. Masih ingat apa kata-kata Azmin mengenai KESETIAAN beliau kepada Anwar Ibrahim? Namun semuanya bertukar apabila Azmin antara yang menentang keras usaha PKR mendesak peralihan kuasa seperti perjanjian yang dipersetujui dalam Pakatan Harapan. Memburukkan lagi situasi, Azmin juga dikatakan terbabit dengan isu skandal di Sabah dan sehingga hari ini beliau masih belum menyaman Haziq yang didakwa telah memfitnah dirinya.

Muhyiddin selaku Perdana Menteri perlu memerhati tindak tanduk Azmin jika mahu PN kekal sehingga PRU15. Jadikan kisah Anwar Ibrahim dan PKR sebagai pengajaran bagaimana seseorang itu boleh berubah bagi mencapai apa sahaja kemahuannya. Jika dibiarkan kemungkinan besar nyawa PN akan lebih pendek dari jangkaan ke PRU15.

Tulisan – Mutalib Mus, Petaling Jaya

Kredit – mytv.online



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker