Saiz ideal dan ‘wajah’ kabinet Ismail Sabri

Saiz ideal dan ‘wajah’ kabinet Ismail Sabri. Teka-teki mengenai siapa Perdana Menteri kesembilan telahpun terjawab dengan Datuk Seri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang Sabtu.

Kini rakyat Malaysia ternanti-nanti bagaimana pula ‘wajah’ kabinet baharu Ismail Sabri.

Dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memiliki saiz jemaah Menteri dan Timbalan Menteri antara terbesar mencecah 70 orang, adakah Ismail Sabri akan mengikut jejak yang sama.

Apatah lagi, situasi yang dilalui oleh Ismail Sabri dikatakan hampir tidak banyak beza dengan Muhyiddin kerana perlu memenangi ‘hati’ ahli Parlimen dan parti gabungan daripada Bersatu, Pas, Gabungan Parti Sarawak untuk terus kekal di Putrajaya.

Siapa TPM?

Tidak ketinggalan antara jawatan tumpuan kini tidak lain dan tidak bukan siapakah Timbalan Perdana Menteri?

Adakah memang ada perjanjian Ismail Sabri menerusi Langkah Royale Chulan untuk memberikan kerusi nombor dua itu kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Bersatu.

Atau Ismail Sabri juga mempunyai percaturan lain.Ini kerana terdapat juga desakan daripada beberapa parti agar jawatan TPM kali ini diberikan kepada pemimpin dari Sarawak.

Dua nama daripada GPS yang disebut-sebut ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Ahli Parlimen Petra jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Lantas bagaimanakah komposisi dan saiz kabinet yang perlu dibentuk Ismail Sabri bagi memastikan semua menteri yang dilantik mampu menjalankan tugas dengan cekap dan pada masa yang sama adil kepada semua parti yang telah menyokongnya.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib@Khalid berpandangan, ramuan untuk komposisi kabinet yang baik perlu mempunyai beberapa paduan mantap.

Muhyiddin gagal tapi mahu jadi Menteri Mentor?

“Komposisi kabinet perlu mempunyai ahli Parlimen, lantikan Senator atas kepakaran dan kerjasama dengan membuka ruang kepada ahli Parlimen selain daripada Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) untuk turut sama berganding bahu menguruskan blue print Pelan Pemulihan Nasional.

“Selain daripada BN dan PN, mungkin Ismail Sabri boleh memberi peluang kepada Pejuang, Muda atau ahli Parlimen Bebas. Tidak semestinya daripada PH, kerana jika mencuba dengan ahli Parlimen DAP, saya kira akan ada bantahan daripada ahli BN atau PN,”

Jelas beliau, paduan kerjasama tersebut penting bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional boleh bergerak secara efisen dan efektif.

Ditanya perlukah portfolio kementerian dipegang oleh pakar bidang atau teknokrat bagi membuahkan hasil paling optimum untuk kebaikan rakyat, Kartini menjelaskan tidak semua portfolio kementerian perlu disandang oleh pakar-pakar.

“Jika ada boleh dibuat, tetapi jika tiada, pengurusan boleh terus dilaksana. Sama seperti pengurusan hospital, doktor perubatan adalah pakar kepada penyakit dan jenis rawatan, tetapi pengurus hospital mungkin mereka yang mempunyai kelayakan untuk mengurus sumber manusia, infrastruktur, kewangan dan lain-lain.

“Namun tidak dinafikan, pembahagian dan pengkhususan tugas berdasarkan kepakaran mungkin membantu,” kata Kartini lagi.

Menteri kekal

Dalam pada itu, salah satu isu yang sering menjadi perdebatan ramai mengenai kabinet Muhyiddin sebelum ini adalah mengenai prestasi barisan menteri dan timbalan menteri yang dikatakan kurang cemerlang.

Bagaimanapun beberapa penganalisis berpendapat adalah kurang adil untuk menilai prestasi semua 32 menteri pada saat dunia dihimpit Covid-19.

Namun, sama seperti pendapat beberapa penganalisis politik juga, Kartini melihat ada beberapa menteri yang boleh dikekalkan Ismail Sabri untuk menguatkan jemaah kabinetnya.

“Khairy Jamaluddin Abu Bakar antara yang tunjuk prestasi yang bagus, kita boleh lihat dalam pengurusan vaksinasi Covid-19.

“Tiga yang lain yang boleh dikekalkan termasuklah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican,” katanya.

Dalam membawa negara keluar daripada kemelut politik, kesihatan dan ekonomi yang membelenggu rakyat ketika ini, Kartini berkata, tiga perkara teras perlu diberi perhatian oleh Ismail Sabri dan barisan kabinetnya.

“Pertama, strategi Pelan Pemulihan Nasional yang efektif dari peringkat pusat, negeri, daerah ke mukim agar bantuan pemulihan kelangsungan hidup boleh diterima secara bersasar dan tepat.

Kedua, usaha untuk melandaikan penularan virus Covid-19 yang kini bermutasi kepada pelbagai varian baharu perlu diteruskan dan diperhebat.

“Usaha perlu dilakukan secara serius melalui kajian dan pembangunan (RnD) untuk tujuan kawalan kesihatan bagi impak jangka masa panjang Covid-19.

Rafizi bidas Anwar, mengejar nombor hingga tinggal prinsip

“Selain itu, bantuan kesihatan mental dan bantuan sosial boleh disatukan dalam aplikasi seperti MySejahtera berikutan pengumpulan maklumat dan jenis bantuan boleh dipusatkan dalam aplikasi yang mempunyai capaian akses oleh semua lapisan rakyat.

“Ketiganya, fokus juga perlu diarahkan untuk menggalakkan sektor swasta menerusi Skim Bantuan Pekerja bagi yang hilang pekerjaan dengan menawarkan program upskilling kemahiran profesional, kemahiran e-ekonomi, bantuan sambung belajar dan bersama kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan baharu sebagai suntikan menggerakkan ekonomi negara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau mengakui terdapat pandangan berbeza mengenai idea keterlibatan ahli Parlimen pembangkang dalam kabinet kerajaan.

“Ada yang beranggapan elok pembangkang berada dalam Kabinet dan ada yang beranggapan pembangkang tidak perlu dilihat berada bersama dalam kabinet,” katanya pada Ahad.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, situasi semasa menampakkan keperluan untuk kerajaan memberi perhatian sekali gus menangani isu pemberian vaksin, masalah kesihatan awam, masalah ekonomi dan masalah rakyat.

“Namun kita melihat pengantin baru berkahwin sudah ada masalah. Berebut jawatan dan sebagainya sedangkan titah Yang di-Pertuan Agong mahukan kerajaan memikirkan hal ehwal pentadbiran bukannya berebut jawatan, nama kerajaan dan sebagainya tetapi itu yang kita lihat sedang berlaku,” ujarnya lagi.

Fahmi menekankan, pihak pembangkang boleh memainkan peranan sama ada di dalam atau luar Parlimen, di dalam atau luar kerajaan berikutan masih belum jelas apa perancangan seterusnya Ismail Sabri selepas ini.

“Harapan saya, beliau boleh menyatakan perancangan jelas memandangkan negara masih berdepan kenaikan kes Covid-19 serta kematian yang membimbangkan dan bukan sekadar memikirkan bagaimana untuk memanjangkan pentadbiran PN.

“Itu bukan yang rakyat mahukan, itu juga bukan apa yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda,” katanya sambil menambah pucuk pimpinan kerajaan yang baharu harus bertindak menyelesaikan masalah bukan menimbulkan masalah.

Jika diimbas kembali, tindakan membawa masuk seteru politik ke dalam oganisasi Kabinet pernah dilakukan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019.

Ketika pengumuman barisan kabinet, Jokowi membuat kejutan apabila melantik lawan beliau yang tewas ketika Pilpres tersebut, Prabowo Subianto yang juga seorang bekas jeneral sebagai Menteri Pertahanan.

Saiz ideal dan ‘wajah’ kabinet Ismail Sabri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda Umno mahu Tok Mat sebagai menteri kewangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker