“Mungkin Mereka Nak Aku Keluar Islam”- Sajat

Baru baru ini, media digemparkan dengan kritikan orang ramai terhadap perbuatan seorang ahli perniagaan Malaysia yang dianggap tidak senonoh.

Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajad tular di media sosial dan menjadi perhatian ramai ahli agama yang sudah banyak mengajak orang ramai yang beragama Islam supaya membo1kot dirinya.

Hal ini berlaku apabila Sajat telah memuat naik pelbagai gambar di akaun Instagram miliknya gambar yang mampu meros4kkan akhl4k umat Islam yang lain kerana terlalu s3ksi untuk mata yang memandang.

Meskipun ramai yang sudah banyak menasihati beliau supaya mengubah perangai yang beliau miliki demi kebaikan masyarakat sekeliling daripada terkena bala bencana daripada Tuhan Yang Maha Esa.



Tambahan pula, baru baru ini Sajat memuat naik story beliau di Instagram, Sajat meluahkan rasa sedih kerana dia menganggap dirinya menjadi cemuhan orang ramai dan tidak ramai yang sukakan beliau.

Sehinggakan, dia sendiri menulis, “Kalau betul lah agama Islam benci orang seperti aku, dan aku tak layak berpegang kepada agama Islamku..dan semua orang nak jatuh hukuman terhadapku dengan melandaskan agama yang aku pegang..mungkin mereka lebih suka aku keluar demi mereka dapat pahala..sedih dan pilu untuk aku luahkan perkara ini..”, luah beliau.

Ramai berpendapat, dia mungkin berasa tertekan lalu mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana dirinya dianggap ditindas kerana perbuatan yang telah dia lakukan selama ini.



Terdahulu, banyak juga ahli agama yang terdiri dari peserta Pencetus Ummah dan ustaz ustaz yang lain sudah menegurnya beberapa kali namun dia respon positif daripada Sajat meskipun sudah terang lagikan bersuluh perbuatannya itu sangat tidak berpatutan sebagai seorang muslim.

Akhirnya begitulah yang terjadi, Sajat beranggapan jika dirinya sudah tidak menganuti agama yang sudah dianuti ini, maka selesailah segala kecaman yang membelenggu dirinya.

Akan tetapi, masih ramai orang diluar sana masih prihatin dan mahu supaya Sajat diberi hidayah daripada Tuhan Yang Maha Pemberi Hidayah supaya beliau terus berubah menjadi yang terbaik.

Meskipun sebegitu, Sajat masih mahukan doa semua supaya dia mendapat nur cahaya ke arah yang lebih baik.



Moga moga ada satu jalan penyelesaian yang cukup bernas sehingga hal yang asyik diulang sama ini sudah pupus dan hilang begitu sahaja.

Padam ‘Muhammad’ dan ‘Bin’ Dalam Geran Tanah, Ini Jawapan Sajat!

Selepas kontroversi memuat naik foto separuh bogel di laman sosial Instagram (IG), nama Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat kembali menjadi bualan warganet.

Yang terbaru, pada Jumaat lalu Sajat telah memuat naik foto salinan geran rumahnya di IG, namun dia telah memadam perkataan ‘Muhammad’ dan ‘Bin’ yang tertera pada dokumen tersebut.



Tindakan Sajat disedari warganet dan rata-ratanya mengecam perbuatan Sajat serta membangkitkan isu jantina ahli perniagaan tersebut.

“Wei dia tutup nama depan dan tengah dia lah.

“Dia ingat dia tutup orang tak tahu kebenaran?



“Try hard nak jadi perempuan tapi benda official tetap tak dapat nak tipu. Yang tu lah menghantui diri dia. Sampai bila? Even kau ada semua Sajat,” antara komen yang ditulis warganet.

Tidak berdiam diri, Sajat telah membalas komen tersebut dan memberitahu sebab dia memadam nama penuhnya.

“Tutup takut orang buat jahat atau bomoh kita sis…Kita have-have kan,” tulisnya.

Tidak berhenti di situ, Sajat turut menyunting kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut dengan menambah, sudah bosan dengan isu jantina mengaitkan dirinya.



“Bosan dengan isu yang pasti akan bangkit untuk posting ni!! Nama saya…Bin atau Binti tak menjadi masalah, yang penting rumah saya harga RM6.5 juta, OK!,” tulisnya.

Terdahulu, Sajat memuat naik foto geran tersebut untuk membuktikan kepada warganet yang mendakwa dia hanya menyewa banglo mewah milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Ramai kata saya menyewa rumah ini..Yes saya memang menyewa, menyewa dengan bank..cuma malas nak tunjuk jer..

“Apa apa pun, kita ambil sebagai semangat kita nak maju ke hadapan‼️, daripada kecam, kutuk mengutuk, hina menghina dan cepat melatah bila melihat sesuatu,” tulisnya.

MB

Related Articles

3 Comments

  1. Semoga Hamba Allah ini tahu mensyukuri apa YG dikurnia Allah Kan kpdnya . Bukannya melayan bisikan iblis YG sentiasa mahu sesatkan nya. Dan buanglah sifat sombong Dan bongkak YG mengagungkan kekayaan YG Ada YG bukannya seberapa.

  2. Sajat ni jgn lah guna FB nk LAWAN pendapat org ramai. Jgn cabar2 jgn ckp sombong. Klu nk jadibprmpuanbpun duduk diam2 je. Layan diri sendiri dlm rumah sendiri YG juta2 tu. Ini pegibpost gambar bontot kau tu buat apa?? Bodoh xbertempat

    1. Sajad, awk ni lelaki ke atau perempuan?Kalau lelaki buatlah cara lelaki.Kalau awk nak sangat jadi lgbt jadi lah.Tapi diam2lah
      Janganlah pengaruh org lain pulak.Sebab segala2nya akan jadi huruhara, tunggangtebalik, keliru( org kg awk ckp confused!), macam awk.Hancur dunia nanti, abang ooi…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker