Kluster baru Covid-19 dikesan di Kuching, kata Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kluster baru Covid-19 dikesan di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, 2 kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan kluster ini.

“Kes pertama kluster ini (kes ke-8,694), adalah seorang pekerja syarikat tersebut yang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 9 Julai 2020 apabila beliau mengalami gejala pernafasan.

“Beliau didapati positif Covid-19 pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan media hariannya hari ini.

Noor Hisham berkata, susulan itu siasatan dan aktiviti saringan kontak rapat dijalankan.

Katanya, setakat ini, 32 kontak rapat pesakit dikenal pasti dan disaring.

“Mereka terdiri daripada 16 orang rakan sekerja dan 16 ahli keluarga,” katanya.

Noor Hisham berkata, keputusan saringan tersebut mendapati 1 kes positif Covid-19, 16 negatif dan 15 masih menunggu keputusan.

“Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman dijalankan di premis syarikat tersebut.

“Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker