Fuziah Salleh dilantik ketua Wanita PKR baru ganti Haniza · MYKMU.NET

Fuziah Salleh dilantik ketua Wanita PKR baru ganti Haniza

Share

PKR hari ini memutuskan untuk melantik ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sebagai ketua Wanita PKR yang baru bagi menggantikan Haniza Talha yang sebelum ini dipecat daripada parti itu.

“Tahniah buat saudari Fuziah Salleh yang dilantik sebagai ketua Wanita PKR secara rasminya hari ini,” kata PKR dalam satu ucapan ringkas di Facebook hari ini.

Jawatan ketua Wanita PKR kosong sebelum ini selepas parti itu bertindak memecat Haniza yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan naib presiden Zuraida Kamaruddin.

Bahkan, kedudukan timbalan ketua Wanita PKR turut kosong, selepas Dr Daroyah Alwi sebelum ini memutuskan untuk keluar PKR berikutan hilang kepercayaan pada kepimpinan presiden parti itu Anwar Ibrahim, sekali gus mengisytiharkan menyokong Perikatan Nasional.

Pada pemilihan PKR 2018, Fuziah yang ketika itu merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri tewas kepada Haniza dalam pemilihan ketua Wanita parti itu.

Leave a Reply