UMNO Parti Kalah? Cerminlah Diri Dahulu Rais

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dalam laporan sinar pagi inimenegur kempimpinan senior dalam UMNO dalam isu merebut kerusi. Rais dipercayai merujuk kepada Presiden UMNO yang membuat kenyataan bahawa kerusi Parlimen Mersing adalah kekal milik UMNO.

Kenyataan Ahmad Zahid ini adalah susulan daripada keceluparan Latif Ahmad Menteri Pembanggunan Luar Bandar yang menghina UMNO dalam video yang viral baru – baru ini.

Kita nak ingatkan Rais bahawa ini semua terjadi adalah hasil daripada keceluparan para pemimpin bersatu yang tidak sedar diuntung dan lupa asal usul sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan bongkak dan sombong.

Bila Rais menyebut bahawa penting mengekalkan kuasa Melayu Islam, kami ingin bertanya kembali siapa yang mengkhianati perjuangan dan siapa yang meruntuhkan kerajaan Melayu Islam dan bersekongkol dengan DAP semata – mata memuaskan nafsu politik mereka.



Jangan Mengungkit

Tak perlulah mengungkit kedudukan jawatan GLC yang diberikan kepada UMNO kununnya sebuah parti yang kalah yang dapat kedudukan. KIta nak bagitau parti kalah ini masih memenangi kerusi parlimen paling banyak, parti kalah inilah yang memberi sokongan bersama – sama PAS dalam Muafakat Nasional sehingga tertubuhnya Kerajaan Perikatan Nasional yang ada pada hari ini.

Jangan lupa parti kalah ini sedang kembali bangkit dan semakin menguatkan kedudukan mereka bersama – sama PAS dalam Muafakat Nasional yang berjaya diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu Islam.

Hasilnya parti kalah ini juga memenangi 6 prk berturut – turut termasuk di Chini.

Kita masih ingat kenyaaan TSMY dalam mesyuarat terakhir Bersatu sebelum langkah Sheraton, bahawa Bersatu perlu keluar segera daripada Pakatan Harapan jika tidak mahu ditolak dan kalah dalam PRU yang akan datang.



Jadi sedarlah segera, carilah cermin kembali melihat diri. Tak usahlah sombong berkepak mengangkat dada mengeluarkan kenyataan bagi menegakkan benang yang basah seumpama ini apa yang berlalu biar berlalu usah dipanjang lagi jika mahu Bersatu benar – benar ingin MENYATU.

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker