Pak Kadir ada masa untuk makan lunch bersama minggu depan? – Bossku

Saya ada hal nak bincang dengan Pak Kadir.

Saya pernah mendedahkan bahawa Pak Kadir pernah disenaraikan sebagai pemilik saham terbesar syarikat MRCB dari tahun 1993 hingga tahun 2000 selepas dia mengambil alih jawatan ahli lembaga pengarah dari Mirzan Mahathir.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157178501195952

Masa dia towkay, MRCB memiliki aset-aset berikut:

– berpuluh-puluh syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan
– 20% CIMB Bank
– 23% RHB Bank
– Lebuhraya bertol Ipoh-Lumut
– 30% Port Dickson Power (IPP)
– 25% Malakoff Berhad (IPP)
– 44% syarikat media NSTP
– 50% TV3.
– projek KL Sentral
– syarikat telco Emartel (013)

Sehari selepas saya dedahkan dia towkay, dia membalas dengan posting di mana dia mengesahkan dia pernah jadi towkay MRCB.

Namun, dia kata dia cuma proksi UMNO walaupun mahkamah pernah diberitahu bahawa wujudnya satu perjanjian “trust” sulit yang disediakan oleh syarikat guaman Amin & Co yang mengatakan pemilik sebenar saham-saham MRCB itu adalah di bawah nama peribadi PM4:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157183319445952

(Mungkin Pak Kadir kerja FREE untuk jadi proksi/kroni bagi aset-aset bernilai berbilion-bilion Ringgit sepanjang tempoh 7 tahun itu kot)

Dia juga kata bahawa tiba masa saya jadi PM, hanya saham NST dan TV3 diserahkan kembali kepada UMNO.

Lain-lain aset semasa Pak Kadir jadi proksi/kroni sudah entah pergi ke mana.

Kenapa wujudnya berpuluh-puluh aset kononnya bawah UMNO masa dia jadi proksi/kroni tetapi sampai ke tangan UMNO masa saya jadi presiden parti tinggal dua sahaja?

Lalu Pak Kadir padam posting pengakuan dia satu jam selepas saya membalas.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157183767795952

Lepas itu dia sorok dan berselindung di belakang drone-drone CIA hampir seminggu sebelum muncul kembali semalam.

Saya percaya Pak Kadir bukan seorang kleptokrat dan aset itu bukan lesap. Cuma lewat 20 tahun untuk diserah kembali kepada UMNO.

Sebab itu, saya nak belanja Pak Kadir makan lunch ikan bakar dan ikan patin masak tempoyak minggu depan.

Saya dah bincang dengan kawan-kawan saya di UMNO dan mereka bersetuju saya bertanya dan mendapat kerjasama Pak Kadir untuk mengesan dan mengambil semula aset-aset MRCB yang sudah lesap itu dan tidak diserah kembali kepada UMNO.

Selepas kita berjaya mengesan dan mengambil semula aset-aset lesap yang Pak Kadir sendiri tuduh adalah milik parti, kita akan jualnya.

Selepas tolak kos untuk UMNO, kita cadang untuk menderma hasil jualan aset-aset lesap yang sudah tentu bernilai berbilion-bilion Ringgit itu kepada Tabung Covid untuk membantu Rakyat pada zaman krisis yang susah ini.

So what day are you free for lunch next week, Pak Kadir?

Related Articles

2 Comments

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker