1 kematian, 8 kes baru Covid-19 dicatat hari ini

Terdapat pertambahan 1 kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sebanyak 122 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat 8 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 4 daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Kes kematian ke-122 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai dan kemudiannya pergi ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai.

“Beliau segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif Covid-19 dan kemudiannya disahkan positif virus itu. Kesihatan beliau terus merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Pesakit disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 jam 5.49 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker