WAYANG PH: TUTUP KERUGIAN OPERASI DENGAN MENJUAL ASET STRATEGIK

oleh Lau Chin Kok

Di bawah pengurusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui Perdana Menteri ke-7, Khazanah Nasional Berhad (KNB) berjaya mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM7.36 bilion pada 2019, iaitu yang tertinggi dalam sejarah, setelah mengalami kerugian terburuk dalam 2018, akibat kejatuhan mendadak pasaran saham Malaysia setelah PH memenangi pilihan raya umum ke-14.

Nampak bagus. Tetapi menurut laporan KNB, keuntungan operasi RM7.36 bilion tersebut diperoleh hasil daripada pelupusan, yang meningkat ke RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion! Ini bermakna, sekiranya tidak wujud keuntungan RM9.9 bilion ini, maka KNB sebenarnya akan mengalami kerugian operasi sebanyak RM2.54 bilion.

Jadi apa itu ‘pelupusan’?

Jawapannya: penjualan aset negara.

Persoalannya sekarang, berapa banyak aset yang telah dijual PH untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM9.9 bilion itu?

Ketika Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri dan pengerusi KNB, nilai bersih asset KNB telah meningkat dari RM32 bilion pada 2008 kepada RM118 bilion pada 2017. Walhal di bawah pengurusan PH, ia telah jatuh mendadak kepada RM73 bilion! (Sekiranya keuntungan operasi PH pada 2019 tersebut sesuatu berita baik, mengapa pula nilai bersih asset KNB tidak bertambah, sebaliknya berkurang, sehingga RM43 bilion?)

Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

1. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

2. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) ( https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick ).

3. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini ( http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-jual-aset-demi-kurangkan-hutang-negara-tun-mahathir-210316 ).

4. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan…Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.

5. Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya. ( https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick ).

6. Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa kadar “pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria ( https://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement ).

7. Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa ( https://www.dealstreetasia.com/stories/khazanah-turkish-insurer-bupa-105118/ ).

8. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion ( https://www.reuters.com/article/axiata-group-m1-divestiture/update-2-malaysias-axiata-accepts-offer-for-singapore-mobile-operator-m1-idUSL3N20A3G0 ).

9. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.

10. April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

11. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran ( http://www.bhplus.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531221/khazanah-jual-saham-bank-filipina-rm415-juta ).

12. DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

13. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion ( http://www.utusan.com.my/berita/nasional/menara-felcra-dijual-cairkan-kewangan-1.771251 ).

14. 15. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.

15. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta ( http://www.astroawani.com/berita-bisnes/boustead-jual-hotel-royale-chulan-bukit-bintang-pada-rm197-juta-201284 ).

16. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 ( https://themalaysianreserve.com/2019/04/25/boustead-plantations-plans-to-sell-land-worth-rm1-2b/ ).

17. Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.

18. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.

19. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia ( https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/556443/fgv-tabung-haji-pertimbang-jual-aset-perladangan-di-indonesia ).

20. Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion ( https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/545642/penjualan-aset-di-hong-kong-dibuat-zaman-bn ).

21. Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut: “Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed two projects — Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments. According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion. It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?” ( https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-will-khazanahs-assets-be-sold-reduce-government-debt ).

22. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak “sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan”. Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang ( https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/03/537561/khazanah-tidak-tolak-jual-aset-bernilai-tinggi ).

23. Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang ( https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-appoints-three-new-board-members ).

24. Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini. Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post ( https://www.scmp.com/tech/start-ups/article/3016788/malaysias-sovereign-wealth-fund-appoints-sensetime-founder-board-it ).

25. Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong.

26. Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China.

27. Pelantikan Prof Xiao’ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini.

28. Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd. dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion) ( http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/g3-global-rakan-rancang-labur-rm4-bilion-dalam-taman-ai-1.889714 ).

29. Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran – terutama sekali kepada pihak asing – tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker