Skandal Terowong : Bagaimana Dap menipu rakyat (video)

oleh Lau Chin Kok

TEROWONG DASAR LAUT : BAGAIMANA MEREKA MENIPU RAKYAT

Kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar yang mengandungi pengakuan pemilik syarikat terowong mengaku bahawa akauntan gagal seorang itu dah janji projek diberi kepada syarikat terowong SEBELUM proses Request for Proposal (RFP – bukan Open Tender seperti ditipu DAP selama ini) dibuka.

Selain mengaku mereka telah banyak kali membayar rasuah kepada akauntan gagal dan beberapa lagi pemimpin-pemimpin kanan DAP, pemilik syarikat terowong juga mengaku kepentingan 10% projek telah ditawarkan kepada akauntan gagal.



Akhirnya, akauntan gagal umum syarikat itu menang projek terowong RM6.3 bilion pada 1 Mac 2013.

Pada ketika projek itu diberi, syarikat itu adalah sebuah syarikat yang mempunyai defisit.

Adakah penyokong mereka benar-benar percaya bahawa syarikat terowong itu begitu baik hati untuk buat kerja FREE selama 7 tahun?

Adakah penyokong mereka fikir pemilik syarikat terowong menipu dalam pengakuan dia kepada SPRM bahawa dia pernah beberapa kali membayar cash kepada pemimpin-pemimpin kanan DAP termasuk akauntan gagal melalui pegawai khasnya Jeffrey Chew yang telahpun ditahan SPRM minggu lepas?



Adakah penyokong PH fikir syarikat terowong itu begitu bodoh sehingga membayar cash RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan untuk menutup siasatan SPRM jika syarikat itu tidak pernah menerima sebarang bayaran dan tidak berlakunya sebarang unsur rasuah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker