Kumpulan Mahathir dan Warisan kini blok bebas

Dr Mahathir kekal pilih Shafie calon PM, selepas PH umum Anwar

Bekas pemimpin PPBM diketuai Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan akan tetap menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri dan turut memutuskan untuk berada di blok Bebas sama ada di dalam atau di luar Parlimen.

Mahathir dalam kenyataan bersama 5 bekas pemimpin PPBM berkata, pihaknya masih berpegang kepada cadangan yang dibuat oleh Amanah dan DAP, yang mencadangkan Shafie sebagai calon perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri pertama dan Mukhriz Mahathir timbalan perdana menteri kedua.

“Saya dan rakan-rakan ahli Parlimen PPBM mengambil ketetapan untuk berpegang pada keputusan yang diambil akhir bulan Jun, iaitu untuk menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri.

“Walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, ia tidak melibatkan saya dan rakan-rakan dari PPBM mahupun Warisan.

“Kami juga membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok Bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker