Syarikat hartanah di Cyberjaya rasis terhadap kulit hitam

Peraturan rasis di kejiranan Cyberjaya kejutkan pekerja asing

Seorang pekerja asing warga Libya terkejut apabila mendapat tahu dia tidak diterima di satu kejiranan mewah di Cyberjaya, kerana warna kulitnya.

Pihak pengurusan kawasan itu, yang dibina oleh sebuah syarikat hartanah terkenal, mengenakan peraturan yang menghalang orang dari Afrika menyewa rumah di situ.

Omar Amer Abou Abouabdalla dimaklumkan tentang peraturan oleh ejen hartanahnya.

Pensyarah kolej itu berkata ini pertama kali dia berdepan “rasisme terang-terangan” seperti ini.

“Saya terkejut. Anda tak boleh ukur seseorang berdasarkan tempat asal mereka. Sudah 24 tahun saya berada di sini,” kata bapa kepada 3 orang anak itu kepada FMT.

FMT menghubungi pemaju hartanah itu, dan tidak menamakan syarikat itu sehingga mendapat respon.

Omar faham terdapat peraturan untuk menjaga sensitiviti orang tempatan, tetapi melarang kaum tertentu adalah keterlaluan.

“Ini sangat biadab. Saya tak boleh terima.”

Pemeriksaan dengan beberapa ejen jualan mengesahkan dakwaan Omar.

Difahamkan pihak pengurusan membuat peraturan itu selepas “pengalaman buruk” dengan penyewa dari Afrika sebelum ini.

“Itu rasis. Saya sedih dan kecewa kerana tak boleh tinjau rumah,” kata seorang ejen.

Pengalaman Omar bukan perkara baru.

Peraturan menghalang warga dari negara Afrika pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Dilaporkan badan pengurusan Kondominium Ridzuan cuba melarang penghuni Afrika.

Pada 2017, pangsapuri itu menaikkan notis menghalang orang dari Afrika menyewa unit.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker