IPT dibuka sepenuhnya Oktober

Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad hari ini mengumumkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dibuka sepenuhnya pada Oktober.

Kemasukan semua pelajar ke kampus diadakan secara berperingkat bermula Julai hingga Oktober.

“Jemaah menteri juga bersetuju kemasukan pelajar sepenuhnya adalah pada bulan Oktober 2020,

“Bagi memastikan keputusan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna IPT dan para pelajar dipohon untuk membuat persediaan yang diperlukan mulai dari sekarang.

“KPT berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baru dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker