Hanya 3 kes baru Covid-19

Sebaran :

Hanya 3 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sedang dirawat di seluruh negara 70 orang.

“Ketiga-tiga kes import,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini 2 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 1 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hari ini juga dilaporkan 5 pesakit sembuh daripada Covid-19, yang sehingga hari ini meragut 121 nyawa. Tiada kematian dilaporkan hari ini.

Malaysia merekodkan 8,677 kes Covid-19 dengan 8,486 daripadanya sembuh.

FMT


Sebaran :

Leave a Reply