Banduan papa terima derma lebih RM5 juta [VIDEO]

Strickland dibebaskan pada 23 November lalu selepas dipenjarakan selama 43 tahun. – Kansas City Star / Tribune News Service

BANDAR JEFFERSON, MISSOURI – Lebih 200,000 orang awam telah mendermakan wang menerusi kutipan dana online bagi membantu banduan, Kevin Strickland yang dibebaskan  selepas menjalani hukuman penjara selama 43 tahun atas tiga tuduhan membunuh yang tidak dilakukannya, lapor akhbar New York Times kelmarin.

Strickland, 62, meninggalkan penjara Missouri Selasa lalu dalam keadaan papa kedana, namun menerima sumbangan berjumlah lebih AS$1.3 juta (RM5.51 juta). Dana tersebut bagi membantu lelaki itu untuk memulakan kehidupan baharu.

“Mahkamah telah ‘menggagalkan’ saya dan mereka patut cuba untuk menjadikan kehidupan saya lebih selesa.

“Saya amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu saya menyesuaikan diri dengan masyarakat,” kata Strickland.

Pengumpulan dana online yang dianjurkan menerusi kempen Midwest Innocence Project itu adalah hasil buah fikiran  salah seorang peguamnya, Tricia Rojo Bushnell.

Bushnell berkata, dia biasa  mengumpulkan dana untuk anak guamnya yang baru dibebaskan, namun jumlah yang diperoleh untuk Strickland adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Saya fikir ia memberikan kami harapan. Masyarakat  bertindak untuk menghulurkan bantuan dan ia cukup menakjubkan,” kata Bushnell.

Tambahnya, Strickland akan menerima kesemua wang tersebut sebaik sahaja dia membuka  akaun bank.

The Midwest Innocence Project juga akan menyediakan penasihat kewangan untuk membantu lelaki itu menstrukturkan wang yang diterima dan menentukan cara dia mahu membelanjakannya.

Strickland pada tahun 1979 telah disabit atas tiga pertuduhan membunuh  dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol selama 50 tahun dan dua hukuman penjara selama 10 tahun yang berjalan serentak.

Strickland dituduh membunuh Sherrie Black, 22, Larry Ingram, 21 dan John Walker, 20 pada 25 April 1978.

Dalam pembebasannya Selasa lalu, Hakim dari Mahkamah Rayuan Daerah Barat Missouri, James Welsh mengatakan bahawa Strickland telah didapati bersalah walaupun kekurangan bukti fizikal yang mengaitkannya dengan lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang disabitkan dalam pembunuhan itu berkata, Strickland tidak terlibat dalam jenayah tersebut sebelum menarik balik keterangannya. – AGENSI

Banduan papa terima derma lebih RM5 juta [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker