Ular sawa ‘serah diri’ di balai bomba

Share

JOHOR BAHRU – Seekor ular sawa seberat 30 kilogram yang datang ke sebuah kafe di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat negeri Johor di Jalan Kangkar Tebrau, ditangkap kelmarin.

Ular sawa seberat 30 kilogram masuk ke dalam kafe Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat negeri Johor di Jalan Kangkar Tebrau, kelmarin.

Ular sepanjang 2.5 meter itu disedari berada di kawasan kafe oleh pekerja landskap kira-kira jam 6.20 pagi, kemudian bertindak memaklumkan penemuan reptilia itu kepada anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba ( PKPgB), Saiful Bahri Safar berkata, ular sawa tersebut berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

Katanya, reptilia itu dilepaskan ke kawasan yang jauh dari kediaman.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!