Pawagam ‘Patuh Syariah’ Pertama Di Terengganu.

Share

Pawagam ‘Patuh Syariah’ Pertama Di Terengganu Ini Asing Tempat Duduk Ikut Jantina Curi Perhatian Netizen

Aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga, pasangan dan juga rakan-rakan ketika berkunjung ke pusat membeli-belah semestinya menonton wayang. Seronok dapat menonton bersama ramai orang.

Terbaharu, Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square tampil dengan kelainan apabila melaksanakan pawagam patuh syariah pertama di Terengganu.

Untuk pengetahuan ada, pawagam ini telah melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram dan juga keluarga sejak beberapa hari lalu. Malah, peraturan tersebut dikenakan terhadap semua pelanggan termasuk pengunjung bukan Islam.

Menurut Pengurus LFS Kuala Terengganu, Mohd Zulmajdi Razali mengatakan bahawa pihaknya telah menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan baharu itu kepada semua pelanggan yang berkunjung ke tempat berkenaan.

Difahamkan, pelaksanaan peraturan itu dikuatkuasakan mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu. Tiket hanya dibeli dengan walk-in di kaunter sahaja ketika ini.

The Vocket

Leave a Reply